Kemahiran Penggunaan “Powerpoint” Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) bagi pensyarah Fizik Kolej Matrikulasi Melaka
Posted on 7:25 AM, under
Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk membantu pensyarah Fizik dalam mengendalikan “powerpoint” di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Fizik. Secara khususnya, kajian ini mendedahkan prinsip-prinsip asas yang harus diketahui oleh setiap pensyarah di dalam penggunaan “powerpoint”. Penghurufan, saiz tulisan , “font” tulisan dan warna adalah prinsip – prinsip asas bagi persembahan atau paparan “powerpoint”. Kajian ini melibatkan seramai 18 orang pensyarah dari unit Fizik. Sampel ini dipilih kerana penglibatan pensyarah di dalam pengajaran dan pembelajaran kuliah. Satu set soal selidik yang menggunakan skala likert 5 poin (five point Likert scale) akan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat membatu pensyarah Fizik untuk memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran terutama kuliah dapat dilakukan dengan lebih berkesan mengikut prinsip-prinsip asas bagi persembahan atau paparan “powerpoint”.