Pengunaan Kaedah Lakaran Bagi Meningkatkan Kefahaman Pelajar Dalam Subtopik Pantulan Permukaan Melengkung Bagi Subjek Fizik
Posted on 7:22 AM, under
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pelajar dapat memahami dan menggunakan rumus pantulan pada permukaan melengkung dengan betul dalam penyelesaian masalah terbabit. Kajian tinjauan dilakukan keatas para pelajar dari kelas yang diajar iaitu seramai 25 orang. Satu ujian pra dan post dilakukan dengan disulami penerapan kaedah lukisan berbantu. Data-data diperolehi dianalisa menggunakan peratusan serta gambarajah bar bagi tujuan melihat perbezaan pencapai pelajar terhadap kaedah yang digunakan. Kami percaya bahawa terdapat perbezaan pada pencapaian pelajar yang dapat diperolehi daripada kajian ini.