Pembentang dari KMNS bersama-sama meneliti buku program BPHPP 2009 Zon Selatan


Sesi Pendaftaran sebelum majlis perasmian pembukaan berlangsung.


Para peserta menanti acara dimulakan.


Para peserta menanti acara dimulakan.


En. Bairim (KJPP KMM) bertanya khabar kepada dengan petugas teknikal yang didatangkan khas dari KMNS .


Majlis Perasmian Pembukaan berlangsung.


Perasmian Pembukaan disempurnakan oleh En. Idris Bin Ismail, Pengarah KMM.


Petugas-petugas di belakang tabir yang berkerja keras bagi memastikan BPHPP 2009 berjalan lancar.


Salah seorang penilai bagi BPHPP 2009.

Sesi Pembentangan sedang berlangsung.


Sesi Pembentangan sedang berlangsung.


Sebahagian audien yang hari mendengar pembentangan kajian penyelidikan.


Pelapor pembentangan sibuk mencatatkan perkembangan sesi pembentangan.

Sesi Pembentangan sedang berlangsung.


Cenderamata tanda kenangan diberikan kepada salah seorang penilai.


Penyelaras R&D dari BMKPM, KMPH dan KMM sedang mengumpulkan laporan akhir Penyelidikan.


edit post
Kajian tindakan ini adalah ingin menilai peningkatan pelajar dalam pemahaman mereka terhadap pengetahuan dalam asas perakaunan kewangan di peringkat Matrikulasi. Pendedahan pelajar terhadap asas-asas pengetahuan diperingkat Matrikulasi dipercayai perlu diberi pendedahan awal kerana terdapatnya perbezaan dalam aplikasi pengunaan terma-terma perakaunan dan aspek teknikal pada peringkat SPM. Di mana pelajar perlu pemahaman asas-asas yang lebih jelas ini di peringkat awal bagi memudahkan pelajar menguasai perakaunan kewangan dan seterusnya pada perakaunan pengurusan. Kajian ini disasarkan kepada pelajar-pelajar Semester 1 sesi 2009/2010 Kolej Matrikulasi Melaka berdasarkan kumpulan praktikum yang berlainan, dengan mengambilkira pencapaian dalam perakaunan di peringkat SPM, jantina, pendapatan ibubapa, tempat tinggal, kategori sekolah sebagai faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek perakaunan. Objektif kajian ini adalah untuk menguji peningkatan dalam asas perakaunan dengan melihat perbezaan pencapaian antara ujian sama yang diberikan sebelum dan selepas pelajar menguasai beberapa topik dalam Semester 1. Dijangka terdapatnya peningkatan dalam pencapaian pelajar berdasarkan ujian (post-test) yang mana dapat memberi sumbangan terhadap pencapaian Ujian Pertengahan Semester dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.


edit post

Using Metacognition In Business Education

Posted on 7:36 AM, under

‘Metacognition’, or the set of skills indicated as critical thinking in the domain of business education, constitutes an important aim in many educational programmes. At the same time, empirical studies demonstrate that teaching metacognitive skills is much harder than teaching cognitive ones. Moreover, the assessment of metacognitive skills poses unique problems. Metacognition includes knowledge and regulation of one's thinking processes. Metacognitive skills predict success in academic endeavors and other areas of life. There has been abundant research into childrens' metacognition, but relatively little with metacognition in adults. This research looking for evidence that metacognitive skills improve with age, particularly in college students. Subjects are evaluated using the Metacognitive Awareness Inventory. Age, sex and years of learning experience will be tested for correlation with metacognitive skills.


edit post
Pemahaman tentang mekanisme bagi satu-satu tindakbalas adalah penting dalam mempelajari Kimia Organik. Malah dalam soalan-soalan peperiksaan PSPM 2, penulisan mekanisme merupakan antara ‘soalan-wajib-keluar’.Justeru adalah penting untuk pelajar memahami konsep penulisan mekanisme bukan sahaja untuk memahami kimia organik dengan lebih mendalam, malah untuk memastikan pelajar mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan.


edit post
Kajian ini adalah kajian tindakan di mana ia bertujuan untuk melihat keberkesanan penggunaan analogi dalam meningkatkan kefahaman pelajar mengenai konsep mol bagi topik ‘Matter”. Seramai 60 orang sampel dipilih dalam kalangan pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Melaka. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan ujikaji. Instrumen kajian ialah soalan berstruktur mengenai konsep mol yang diberikan kepada sampel semasa ujian pra dan post dijalankan.


edit post
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat keberkesanan program kumbe yang dilaksanakan oleh pelajar kumpulan tutoran dalam membantu meningkatkan prestasi pelajar sains fizikal dalam matapelajaran fizik di Kolej Matrikulasi Melaka. Program Kumbe merupakan kumpulan belajar yang melaksanakan pembelajaran dikalangan rakan sesama rakan dalam kumpulan tutoran yang sama. Kajian ini memfokuskan kepada kefahaman pelajar terhadap program, nilai kerjasama , interaksi dan komunikasi serta penilaian keputusan peperikaan. Data kutipan dan analisis adalah berdasarkan kepada laporan mingguan kumpulan tutoran, soalselidik daripada responden dan statistik analisa keputusan peperiksaan UPS dan PSPM. Segala dapatan kajian boleh digunakan untuk melihat kekuatan dan kelemahan program dan dijadikan asas dalam menambah baik program kumpulan belajar (KUMBE).


edit post
Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk membantu pensyarah Fizik dalam mengendalikan “powerpoint” di dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Fizik. Secara khususnya, kajian ini mendedahkan prinsip-prinsip asas yang harus diketahui oleh setiap pensyarah di dalam penggunaan “powerpoint”. Penghurufan, saiz tulisan , “font” tulisan dan warna adalah prinsip – prinsip asas bagi persembahan atau paparan “powerpoint”. Kajian ini melibatkan seramai 18 orang pensyarah dari unit Fizik. Sampel ini dipilih kerana penglibatan pensyarah di dalam pengajaran dan pembelajaran kuliah. Satu set soal selidik yang menggunakan skala likert 5 poin (five point Likert scale) akan digunakan dalam kajian ini. Kajian ini diharapkan dapat membatu pensyarah Fizik untuk memastikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran terutama kuliah dapat dilakukan dengan lebih berkesan mengikut prinsip-prinsip asas bagi persembahan atau paparan “powerpoint”.


edit post