Kajian tindakan ini adalah ingin menilai peningkatan pelajar dalam pemahaman mereka terhadap pengetahuan dalam asas perakaunan kewangan di peringkat Matrikulasi. Pendedahan pelajar terhadap asas-asas pengetahuan diperingkat Matrikulasi dipercayai perlu diberi pendedahan awal kerana terdapatnya perbezaan dalam aplikasi pengunaan terma-terma perakaunan dan aspek teknikal pada peringkat SPM. Di mana pelajar perlu pemahaman asas-asas yang lebih jelas ini di peringkat awal bagi memudahkan pelajar menguasai perakaunan kewangan dan seterusnya pada perakaunan pengurusan. Kajian ini disasarkan kepada pelajar-pelajar Semester 1 sesi 2009/2010 Kolej Matrikulasi Melaka berdasarkan kumpulan praktikum yang berlainan, dengan mengambilkira pencapaian dalam perakaunan di peringkat SPM, jantina, pendapatan ibubapa, tempat tinggal, kategori sekolah sebagai faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek perakaunan. Objektif kajian ini adalah untuk menguji peningkatan dalam asas perakaunan dengan melihat perbezaan pencapaian antara ujian sama yang diberikan sebelum dan selepas pelajar menguasai beberapa topik dalam Semester 1. Dijangka terdapatnya peningkatan dalam pencapaian pelajar berdasarkan ujian (post-test) yang mana dapat memberi sumbangan terhadap pencapaian Ujian Pertengahan Semester dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi.


edit post