Kecemerlangan pelajar di dalam sesuatu mata pelajaran seringkali diukur dengan peningkatan jumlah pelajar yang memperolehi gred A di dalam peperiksaan sesebuah institusi pendidikan. Pelbagai faktor dalaman dan luaran yang menyumbang kepada kecemerlangan pelajar tersebut. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menentukan kecemerlangan pelajar dalam subjek Perakaunan AA015 di Kolej Matrikulasi Melaka.Sampel kajian terdiri dari 150 orang pelajar yang mendapat gred A, A- dan B+ dalam subjek Perakaunan semasa Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) semester satu sesi 2007/2008. Penyelidik memfokuskan untuk mengkaji lima faktor yang dijangka mempengaruhi kecemerlangan pelajar iaitu kaedah pengajaran pensyarah, sikap pelajar terhadap subjek perkaunan, pencapaian Prinsip Akaun SPM, jantina dan bangsa. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah soal selidik dan di analisis menggunakan perisian SPSS .Dapatan kajian adalah penting untuk memastikan kecemerlangan yang berterusan dalam subjek perakaunan pada masa akan datang bukan sahaja di Kolej Matrikulasi Melaka malahan juga di kolej-kolej matrikulasi yang lain.
Kembali Ke Penerbitan
Kembali Ke Penerbitan