Sikap Pelajar-Pelajar Program Matrikulasi Terhadap Program “Gemilang Matematik Perakaunan” (Gempak) : Satu Kajian Di Kalangan Pelajar-Pelajar Perakaun
Posted on 12:44 AM, under
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap pelajar-pelajar terhadap penyelesaian masalah dalam matematik Program Matrikulasi. Kajian ini menggunakan dua cara untuk mengumpul data. Soalan-soalan ujian matematik digunakan untuk mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam penyelesaian masalah harian matematik manakala soal selidik yang merangkumi aspek-aspek afektif disediakan untuk mengumpul data tentang sikap pelajar terhadap matematik secara am dan kemahiran menyelesaikan masalah harian matematik secara khas. Soalan-soalan ujian dan soal selidik ditadbirkan kepada 34 orang pelajar Perakaunan yang mendapat C- ke bawah. Bagi soalan-soalan ujian, jawapan-jawapan pelajar dikumpul dan dibuat analisis secara kuantitatif, iaitu mengikut peratusan yang menjawab benar atau palsu. Sikap negatif pelajar terhadap matematik adalah disebabkan pelajar selalu tidak faham kehendak soalan dalam penyelesaian masalah. Sikap malas pelajar juga menyumbang kepada kelemahan mereka dalam penyelesaian masalah harian matematik.
Kembali Ke Penerbitan
Kembali Ke Penerbitan