KURSUS ‘TRAINING OF TRAINER’ (TOT) SIRI 2

Posted on 10:48 PM, under

En Hamzam sedang menyampaikan input kepada peserta Klinik R&D

Pada 23 Mei 2008, kursus ‘Training of Trainer’ (TOT) siri 2 telah dilaksanakan dengan jayanya. Bertempat di Bilik CoE R&D KMM, ahli-ahli jawatankuasa R&D telah diberi pendedahan berkenaan teknik statistik menganalisis data iaitu ujian-t dengan menggunakan perisian SPSS. Kursus ini dikendalikan oleh En Hamzan bin Ahmad.

TOT ini merupakan latihan secara intensif kepada ahli-ahli jawatankuasa R&D bagi meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan perisian SPSS. Diharapkan ahli-ahli jawatankuasa akan menyebarluas kemahiran mereka kepada warga KMM yang lain. Seterusnya dapat meningkatkan kualiti dalam penghasilan kajian di masa akan datang.

edit post