
Bengkel Penulisan Sorotan Kajian telah dilaksanakan pada 5 jun 2008 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama dan Pusat Sumber Kolej Matrikulasi Melaka. Bengkel ini berjalan secara dua hala di antara penceramah jemputan Prof. Madya Dr. Mohd Majid Konting dari Universiti Putra Malaysia dengan penyelidik kertas kajian 2008.
Objektif bengkel ini ialah untuk memahami konsep sorotan kajian dengan lebih terperinci, membina dan meningkatkan kemahiran penulisan sorotan kajian. Semoga penyelidik Kertas Kajian 2008 dapat memanfaatkan apa yang telah dibincangkan.