Vektor paduan adalah sebahagian subtopik yang terkandung dalam Bab 1 Sukatan Pelajaran Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia bagi semester pertama. Subtopik ini adalah penting kerana ianya merupakan asas pengetahuan yang akan digunapakai untuk menyelesaikan masalah penghitungan yang terdapat dalam subtopik yang lain, misalnya Gerakan Luncuran, Dinamik Hukum Newton, Gerakan Membulat dan sebagainya. Secara umumnya, terdapat tiga kaedah yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan vektor paduan, iaitu Kaedah Lukisan Berskala, Kaedah Matematik (menggunakan rumus sinus dan kosinus) dan Kaedah Leraian Vektor (dalam 2-Dimensi). Kajian ini akan melibatkan penyertaan pelajar Sains Fizikal Sesi Pengajian 2009/10 berjumlah 50 orang daripada dua kumpulan tutoran yang berbeza, dimana satu kumpulan akan didedahkan dengan kaedah lukisan berskala manakala satu lagi kumpulan akan diajar dengan kaedah leraian vektor. Perbandingan tahap kefahaman pelajar akan diperolehi daripada markah kuiz yang akan dilaksanakan 2 minggu selepas berakhir sesi pengajaran kedua-dua kaedah berkenaan.


edit post