Kertas kajian ini bertujuan untuk melihat tahap amalan pengetahuan dan amalan ibadat dan hubungannya dengan akhlak pelajar. Kajian ini telah dijalankan di Kolej Matrikulasi Melaka. Populasi kajian adalah pelajar Sains Fizikal sesi 2007/2008. Sampel dipilih secara rawak mengikut kelas praktikum. Alat ukuran yang digunakan ialah soal selidik. Data-data dianalisis melalui pakej Windows iaitu SPSS Versi 12.0 yang menggunakan statistik deskriptif dan inferensi seperti frekeunsi, peratusan, min, sisihan piawai dan Korelasi Pearson.


Kembali Ke Penerbitan

edit post