Kenapa pensyarah perlu membuat penyelidikan/Kajian Tindakan sedangkan pada pandangan guru tugas tersebut adalah tugas Kementerian Pelajaran Malaysia?
Jawapan :
Secara amnya penyelidikan pendidikan di Malaysia dijalankan dalam dua peringkat iaitu peringkat makro dan mikro. Di peringkat makro, penyelidikan dijalankan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pelajaran dan universiti tempatan. Di peringkat mikro pula, penyelidikan dijalankan secara kecil-kecilan oleh institusi pendidikan seperti sekolah, maktab perguruan, Matrikulasi atau universiti.
Tujuan dan fokus penyelidikan yang dijalankan adalah pelbagai. Di peringkat makro, penyelidikan kebanyakannya tertumpu kepada penilaian dasar dan penilaian program-program pendidikan. Manakala di peringkat mikro, penyelidikan yang dijalankan di sekolah, Matrikulasi, maktab perguruan atau universiti banyak bertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kaedah penyelidikan telah digunakan sama ada penyelidikan gunaan atau Kajian Tindakan. Penyelidikan ini dijalankan secara kolaboratif atau sebagai latihan ilmiah untuk program pasca siswazah di universiti dan juga sebagai sebahagian daripada keperluan program latihan dalam perkhidmatan di maktab-maktab perguruan.
Menurut Bennett (1993) guru menganggap penyelidikan sebagai satu kegiatan tambahan atau sampingan yang lebih membebankan. Ini kerana guru tidak melihat perkaitan yang rapat di antara pengajaran dan penyelidikan. Penyelidikan atau Kajian Tindakan perlu dilakukan untuk melihat kesediaan pensyarah dan pihak pentadbir melakukan perubahan berdasarkan penyelidikan yang relevan dengan konteks dan pengalaman sendiri.
Kembali Ke Soalan Lazim