Soalan Lazim

Posted on 9:25 PM, under

Apakah kepentingan kajian tindakan

Jawapan
  1. Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran pensyarah, amalan pembelajaran pelajar, keadaan pelajar, suasana dalam bilik tutoran dan sebagainya.
  2. Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
  3. Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
  4. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif.
  5. Dapat menyediakan pensyarah sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
  6. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.
  7. Merapatkan perhubungan di antara pensyarah yang terlibat melalui kerjasama secara kolaboratif.
Kembali ke Soalan Lazim

edit post