Bilik CoE R&D KMM kini telah menawarkan beberapa kemudahan dan perkhidmatan untuk warga kolej. Di antara kemudahan yang disediakan ialah bahan-bahan rujukan seperti sampel kertas kajian dan buku penyelidikan. Manakala perkhidmatan yang ditawarkan ialah konsultansi antara penyelidik dengan tenaga kepakaran dalaman CoE R&D KMM. Konsultansi ini diadakan berdasarkan permintaan.Bilik ini juga dilengkapi peralatan ICT seperti komputer, capaian internet, pencetak dan perisian statistik. Warga kolej yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan dialu-alukan untuk berkunjung ke bilik COE R&D.